>

Monday, December 20, 2010

BAYI TERKENA BADI MAYAT

Tragedi ini menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan. Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50 an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu Hari Raya Aidil Adha. 

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. 

Ya Allah ! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah kebumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah...katanya). 

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi tujuh, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. 

Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh CikMan tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga kemalam. 

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat Hospital SHah Alam, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut. 

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada CiMan (takut ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Allah swt. Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. 

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. 

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. 

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. 

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih, saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar. 



( Diceritakan oleh ibu bayi sendiri ) 

Bukti Kebenaran Siksa Kubur :: Peringatan daripada Allah swt


ambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula. 

On this photo a 18-year old young man who died in one of hospitals of Oman. The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father. The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body. However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death. 



Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.

Relatives and his friends shocked when they saw the corpse. He was completely different within 3 hours. He turned grey as the very old man, with traces of obvious tortures and the most severe beating, with the broken bones of hands and legs, with the edges broken and pressed into a body. All His body and face were full of bruise. The open eyes-showed hopeless fear and pain. The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture. 



Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.

Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequivocally declared that it is available results of tomb torture which the Allah (s.w.t) and in the Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w) have warned. The shocked father of the boy has admitted that his son was spoilt, did not do Solat, and had a carefree way of life, having involved in different sins. Each died person comes across tests in the tomb for exception Shahids who died in Jihad on the way of Allah. This is first terrible test which the person comes across before the Doomsday.

Dalam Hadis Rasulullah saw : 
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

In Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w) :
- After the death the spirit of died person will return to a body then two Angels will come, Munkar and Nakir, and will ask: "Who is your Lord?" he will answer: "my Lord - Allah ". Then they will ask: "What is your religion?" he will answer: "My religion - Islam". Then they will ask him: "Who that person who has been sent to you?" he will answer: "He is the Prophet of Allah ". Then they will ask him: "How do you know?" He will answer: "I read the Book of Allah and trusted Him.
And then from heavens the voice will come: " My Slave has told the truth, lay it to bed from Paradise and open the Gate of Paradise " - then it will be full of pleasure and he begins to feel paradise pleasure, and his tomb becomes spacious, that eyes can reach.

The Prophet of Allah Muhammad (s.a.w) said about the sinners. After the death the spirit of died person will return to the body then two Angels will come and ask, "Who is your Lord?" he will answer: "I do not know". Then they will ask: " Who that person who has been sent to you?" he again will answer: I "do not know" - and then from the sky the voice will come: "he told a lie, Put him into a box from fire and open before it the Gate of a hell! "-then it will be captured with heat of the hell, and his tomb becomes narrow and the edges will be compressed.

In Hadis it is also said, that Angels will severely beat the sinners during interrogation in the tomb and this torture will be awful. It is informed also, that our Messenger (s.a.w) supplicated to Allah to protect Him from tortures of a tomb and asked other people to do so.

The history of 18-year old young men is a sign for believers and this is only next fairy tale for whom hearts are sealed by Allah. They look and do not see, listen and do not hear? 


This story was translated from other language into English and Malay.
So, I apologize in advance for any mistake. 


Wednesday, December 15, 2010

Ular kepala 7


Gambar ular berkepala tujuh beredar di dalam Facebook baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Korban hari tu. Diambil oleh seorang pelombong di Maran. Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari.

Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan 'makhluk lain' melepak.

Suka kita mendengar pendapat anda pula mengenai gambar ini.

Cerita seram

Peristiwa yang tak akan aku lupakan ialah semasa bekerja di sebuah syarikat pengiklanan swasta di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand. Bos aku adalah seorang yang open minded, kuat bekerja dan bolehlah dikatakan tiap-tiap hari aku terpaksa balik lewat untuk menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat pun aku balik pukul 11.00 malam. 

Besoknya seperti biasalah aku datang kerja. Sampai je kat ofis, bos interkom aku untuk masuk ke ofis dia. Dengan muka yang agak malas aku pun masuk dan mengucapkan "Good morning Sir". 

"Morning, have a seat please," jawabnya dengan loghat pekatnya. Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi pun memberitahunya serba sedikit jadualnya pada hari itu dan dia hanya mengangguk saja. 

"Well, I hope you’re free today coz we’ve to stay back until late night again to finish this assignment. The client need it by tomorrow evening," katanya padaku dengan tegas. 

Emmmm…. Macammana pun aku terpaksa buat jugak kerana takde sapa yang tau sangat pasal projek ni. 

Aku dan bos sedaya upaya menyiapkan projek itu sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang lain dah lamabalik dan tinggallah kami berdua kat ofis tu. Ruang pejabat kami agak luas dan dinding luarnya pula bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat. Tengah bos aku berdiri di tepi tingkap untuk mencari failnya, tiba-tiba dia menjerit terperanjat sambil melihat ke arah luar tingkap. 

"What’s that ugly thing doing there?" laungnya. Akupun berkejar kearahnya dan melihat apa yang ada di luar sana. Masya Allah, aku jadi terpegun melihat satu lembaga berambut panjang sedang merenung ke arah kami sambil mengilai-ngilai. Aku cuba bergerak tapi tak boleh, begitu juga bos aku. Lembaga itu menuju laju ke arah kami dengan muka yang sungguh menyeramkan dan tiba-tiba aku dapat satu kekuatan yang luar biasa lalu aku menarik bos aku menyorok di bawah meja. Kami mendengar bunyi asing yang amat menyeramkan sambil mengilai-ngilai. Aku lihat bos aku dah terkencing-kencing ketakutan dan mulutnya terus terkunci. Aku cuba melawan lembaga itu dengan surah kursi dan apa-apa lagi yang aku ingat. Lembaga seperti pontianak itu berterbangan di atas meja kami dan aku sempat melihat bajunya jarang berwarna hitam berbintik-bintik. Aku mengintai lagi dan melihat hantu itu cuba mencari kami tapi masih tak jumpa. Aku lihat semangat bos aku dah hilang dan mukanya dah terlampau pucat macam takde darah langsung. 

Lebih kurang dalam 15 minit aku mengintai lagi ke atas meja. Aku tak nampak lembaga itu lagi lalu aku terus bangun untuk check kat mana dia pergi. Setelah semua ruang pejabat aku intai dan lembaga itu pun takde, aku terus pergi mendapatkan bos aku. Aku lihat bos aku dah pengsan, akupun call guard kat tingkat bawah dan suruh datang ke pejabat aku di tingkap enam. Sampai je pak guard aku pun ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Pak guard yang berumur itu suruh aku ambilkan segelas air dan dia membaca sedikit ayat Quran dan merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku dan pak guard ada kat sebelah dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit seperti terkena histeria dan mengatakan "It’s a ghost ! I saw a ghost just now." Kami cuba mententeramkan dia hingga semangatnya pulih balik. Kemudian aku hantar dia balik ke rumahnya dengan menaiki teksi. 

Besoknya, bos aku datang dengan pakaian yang agak simple dan terus menuju ke meja aku. Beliau memberitahu aku bahawa projek yang tergendala semalam akan di K.I.V. pada minggu depan. So, aku tak payah le lagi menyiapkannya secepat mungkin. beliau membisikkan pada aku supaya tidak menceritakan kejadian semalam pada staff yang lain. Tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit, "Ooi, sapa buang air kecik kat tempat aku hah!" aku memandang bos aku sambil tersenyum dan beliau pun macam paham je dan terus blah pegi cuti dengan kawannya selama seminggu."

Saturday, December 11, 2010

seram ke??





x cukup??sila layari http://bit.ly/gxBvq1

(SERAM)Kawan Di Hujung Katil… Siapakah Itu?



Apa kata hujung minggu kita rehatkan sedikit minda dan kepala otak dengan melayan gambar-gambar lawak dan seram yang tak berkaitan ngan artis. Nanti poning eh kepala asyik tengok gambar-gambar terlampau artis Malaysia setiap hari.
Perhatikan betul-betul gambar di atas. Nampak tak? Ops, lupa nak cakap yang jangan tengok sebelum anda tidur. Nanti confirm takleh tidur. SERAM beb!!!

Thursday, December 9, 2010

Cerita Seram SMK Kuhara

Cerita ni betul betul berlaku ok… kepada semua alumni SMK Kuhara dengarla kisah ni… (hahaha… takda lah seram mana pun… cuma perkara pelik bin ajaib ni betul betul berlaku!)





Ramai yang tahu… walaupun aku ni Ex-Kuharian tapi sampai sekarang aku masih selalu kuar masuk SMK Kuhara… aku bukan guru ok… cuma 2 orang sahabat karibku jadi guru di sana.. sekarang dorang dua jadi warden SMK Kuhara… (Cikgu Burhanudin Dan Cikgu Amsah)
Kisah ni diceritakan oleh Cikgu Burhan ni la… dan ianya berlaku pada hari sabtu lepas (11hb April 2009)… kisahnya begini… bermula hari Jumaat lepas (Kebetulan Good Friday… Sabah cuti) Satu perkhemahan untuk sidang pengawas SMK Kuhara diadakan… My friend Burhan ni juga merangkap pengerusi badan disiplin SMK Kuhara jadi dia jadi guru penasihat untuk perkhemahan ini… Yang lelaki duduk di Asrama Putera (ASPURA) manakala yang perempuan tinggal di Asrama Puteri (ASPURI).
Pada hari sabtu tersebut.. Pagi ok… dalam kul 8am begitu… semua yang menyertai perkhemahan ini dikehendaki memakai pakaian seragam pengawas dan turun ke dewan besar SMK Kuhara … tiba tiba ajk perkemahan ni maklumkan dia (Burhan) ada seorang pengawasHILANG!!! Perempuan… tingkatan berapa aku dah lupa plak… so kawanku ni arahkan semua ajk yang terlibat pergi cari budak pompuan di seluruh sekolah … malah dia tekan kan cari budak pompuan ni di selurh bilik dalam ASPURI tu… Cari punya cari tak juga jumpa jumpa ok!!!
Kawanku ni memang dah cemas… kemudian dia ambik borang kebenaran dari ibu/bapa atau penjaga dan menghubungi bapa budak tu untuk maklumkan apa yang berlaku… as i expected… Burhan kena caci maki oleh bapa budak pompuan tu… macam macam yang bapa budak tu cakap… rupa rupanya bapa budak tu memang tak benarkan dia pergi… tetapi guru PK HEM yang dah slow talk ngan bapa budak ni sampai dapat keizinannya… PK HEM… Pengetua dan Polis turut dipanggil dan atas nasihat polis.. tunggu 24 jam .. kalau masih hilang baru buat laporan… jadi usaha mencari masih diteruskan… bapa budak ni dalam keadaan marah marah turut mencari anaknya di sekitar bandar Tawau….
Pelbagai andaian dibuat… kawan kawan rapat budak ni dipanggil… cerita dari kawan kawan budak tu begini… pagi tu.. budak tu cakap ada budak asrama yang pinjam baju seragam pengawasnya dan belum pulangkan balik… jadi dia malu nak turun …. dia bagitau kawan kawannya ni untuk pergi ke dewan… dia kata nak berehat di bilik… bila kawanku ni dibagitau masalah budak tu… dia cakap takpa… panggil jak dia ke dewan… tak payah pakai baju seragam pun takpa… Bila kawan kawannya ni balik ke bilik ASPURI nak panggil dia turun.. budak tu dah hilang!
Cari punya cari… masih jugak tak jumpa… kawanku dah siap karang laporan untuk dibagi dengan Polis tentang kehilangan budak ni… yerla.. dah jadi tanggungjawabnya la kan… hermmm… dalam kul 12 lebih… selepas azan Zohor… kawanku di rumah warden dapat panggilan dari ajk perkhemahan yang mengatakan budak tu dah dijumpai!!!!
Kawanku terus ke ASPURI beserta PK HEM…. dan beberapa guru lagi untuk berjumpa budak pompuan yang hilang tu… korang tau budak hilang tu dijumpai di mana??!! Di bilik tu jugak… Budak tu cakap , dia tak kemana mana… dia penat jadi dia tidur kejap… pastu dia cakap takda pun orang datang cari dia…. subhanallah…bayangkan… bukan 3 orang tapi 6 orang yang jadisaksi bahwa mereka dah cari budak tu satu aspuri termasuk bilik ni tapi tak jumpai sesiapa… tiba tiba… selepas azan zohor dikumandangkan di surau sekolah berdekatan… baru lah budak pompuan tu dijumpai di bilik tu jugak!!!
Ada yang cakap budak tu curi curi keluar pastu balik bila tengah hari tu… tapi peribadi budak pompuan ni ikut cerita kawan kawan rapatnya adalah seorang yang tak pernah kuar rumah… tak reti naik teksi, bas… bab selama ini .. dia agak terkongkong oleh ayahnya… waktu tu tiada siapa yang datang ambik dia bawa kluar sekolah… dan kalau ikut apa budak perempuan tu sendiri kata… dia tak kemana mana dan hanya tidur di bilik tu… jadi hanya satu jak lagi kemungkinannya… korang fikir la sendiri…

Cerita Seram di Bukit Putus

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis malam jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?,Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu
Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak, terkeluar dari mulutnya Tapi hatinya masih lagi was-was Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni seorang diri pulak tu
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika Tiba-tiba dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih ditambah lagi dengan baju yang dipakainya
Dia pun beranikan diri dan bertanya
kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat 
Saya ada kelas yasin jawab perempuan tu
Tapi.. putihnya lain macam aje tak pernah pulak saya tengoknya 
tanya lelaki tu lagi.
Apa yang lain nya sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??
Eyea lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya 
Ehh takkan sampai seram
Pakai aje le Breeze colour baru!!!
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje ..

Tuesday, December 7, 2010

Pontianak


Pengalaman ini aku lalui bersama tiga orang sahabat baikku, Azhar, Asyraf dan Halim sewaktu kami berada di Melaka. Ketika itu kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM. Kami rasa seolah-olah baru merdeka. Dengan itu, kami bertiga buat rancangan ronda seluruh semenanjung Malaysia. Kebenaran ibu bapa sudah kami perolehi, lesen kereta aku dan Asyraf dah ada. Apa lagiiii... raya sakanlah nampaknya!

Perjalanan berkereta dari Johor Bahru tidak begitu membosankan memandangkan kami sepakat untuk tidak melalui lebuhraya. Kami bertolak pagi lagi. Destinasi pertama kami ialah Muar. Kebetulan pula, musim durian sedang 'menjadi', maka kami tak lepaskan peluang, lahap sepuas-puasnya. Sebelum tu singgah Batu Pahat sekajap, jumpa member, Rin.

Kami teruskan perjalanan ke Melaka, dan bercadang untuk bermalam di Taman Rekreasi Ayer Keroh. Sebelum itu kami singgah di Umbai, makan ikan bakar. Azhar yang memang kuat makan berjaya menghabiskan tiga ekor ikan bawal bersaiz sederhana dan empat ekor ketam besar.

Selepas makan, kami berehat mengambil angin di pantai Kelebang. Satu masa dulu, aku ingat lagi, sewaktu kecil aku selalu ke sini dengan abangku. Tapi sekarang, nampaknya pantai ini tak meriah lagi. Banyak sampai tersadai di sana sini. Apa boleh buat...

Jam dah hampir menunjukkan pukul 11:00 malam. Oleh kerana agak keletihan, kami ubah rancangan. Kami batalkan rancangan bermalam di Taman Rekreasi. Sebaliknya, kami sewa bilik di Ayer Keroh Country Village, bersebelahan Mini Malaysia. Mini Malaysia ni pun dah tak semeriah dulu... takde orang pun datang. Aku pun tak tahu kenapa. Arghhh... peduli apa semua tu. Aku nak tidur. Esok nak bangun, nak jalan lagi...

Keesokannya, aku bangun paling lambat. Dia orang ni, bangun awal pun bukannya boleh harap. Aku jugak yang ditugaskan pergi cari sesuatu yang boleh dibuat sarapan. Takpe laa... lagipun memang aku yang pandu kereta. Lepas mandi, aku keluar beli roti canai di Taman Muzaffar Syah, dekat dengan kawasan tu. Roti canai? Huh! Roti canai mamak tu jual rasa macam kulit tapak kaki ada laa... liat nak mampus!

Aktiviti selanjutnya... mandi kolam sampai tengahari sebelum kami check-out. Perjalanan untuk ke destinasi selanjutnya ditangguhkan. Kami ambil keputusan untuk terus berada di Melaka hari ni. Lagipun aku nak jugak singgah di rumah mak angkat aku kat sini.

Lepas meronda ke sana sini, kami menghala pula ke lebuhraya. Asyraf yang memandu mengambil keputusan untuk menggunakan lebuhraya, kerana dia ni rabun malam. Susah sikit kalau ikut jalan lama. Azhar pulak tiba-tiba nak terkencing. Dah alang-alang berhenti, kami pun lepak seketika. Jam dah menunjukkan lebih kurang 8:50 malam masa tu. Kawasan tempat kami parking kereta tu memang agak suram.

Seketika kemudian, mata aku tertumpu ke sebuah rumah yang kelihatan begitu usang. Entah sapa la yang duduk kat rumah tu. Aku ingatkan aku sorang je yang tengok, rupanya Asyraf pun terperasan jugak.

Azhar dah selesai menunaikan hajatnya. Sambil hisap rokok, aku ajak dia orang semua pergi ke rumah tu, sebab tadi aku terdengar semacam suara orang menjerit. Pada mulanya, Halim menolak. Penakut agaknya mamat ni... hehe... Akhirnya dia pun bersetuju sebab kami bertiga dah setuju. Sah! Memang penakut dia ni. Takut tinggal sorang-sorang kat kereta. Hehee...

Setelah memastikan kereta berkunci, kami melangkah ke arah rumah tersebut dengan semangat berani mati la kononnya. Pergi ramai-ramai boleh laa... cuba kalau pergi sorang, huh! Hehehee...

Azhar masuk dulu, diikut Asyraf dan aku. Halim mengekori belakangku sambil tarik baju. Apa ni oiii, tarik baju orang! Dengan perlahan kami berjalan. Suasana di dalam rumah tersebut sungguh muram, tak ubah macam cerita drakula yang biasa kita tengok tu. Suasana yang gelap tak mengizinkan aku untuk mengecam sepenuhnya apa yang ada di sekitarku.

Tiba-tiba aku dengar Asyraf menjerit. Maaakkkkkkkkk...! Kami semua terdiam, kecuali Halim yang sejak mula tadi sibuk ajak kami keluar. Sayup-sayup kedengaran suara perempuan ketawa. Halus je bunyinya, tapi dah cukup untuk membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Arghh, nyesal pulak aku masuk. Tapi takpe... bila lagi nak tunjuk hero, terutamanya kat budak Halim ni. Keluar kang, kena kutuk pulak aku, hehehe...

Kami terus berjalan perlahan-lahan. Seketika aku terasa ada sesuatu merayap di belakangku. Arghh... apa pulak ni? Semakin lama semakin kuat dan aku rasa benda tu dah hampir sampai ke leher aku. Aku jadik terkedu. Ehh... Halim mana? Pada masa yang sama juga, aku dengar macam-macam suara orang menjerit kat dalam sana.

Ziiii....! Kedengaran suara Halim memanggil nama aku. Aku tak dapat menyahut sebab aku sendiri pun tengah layan benda merayap ni. Arghhhh... spontan aku tepis benda merayap tu dah aku lari ke depan. Asyraf dan Azhar dah hilang tah kemana. Aku tinggal sendirian. Tiba-tiba aku nampak sesuatu di hadapan! Aku tak dapat lari lagi, sebab aku sedang berada di sebuah lorong sempit, dan perjalananku dihalang oleh lembaga yang aku nampak tu.

Seorang perempuan cantik sedang berjalan perlahan-lahan ke arahku, memanglah cantik tapi yang tak sanggup tu ada taring pulak. Uwaaa... apa aku nak buat ni... Aku cuba baca apa-apa ayat yang aku ingat, tapi biasa la kan, kalau dah sampai peringkat menggelabah betul ni, satu apa ayat pun tak ingat. Baca lain keluar lain. Arghhh...

Lembaga tersebut semakin hampir. Aku jadi terpaku. Kakiku seolah-olah terikat di lantai, tak boleh diangkat. Ohh ibuuu... apalah nasib anakmu ini. Aku tak dapat buat apa-apa lagi melainkan berserah sahaja. Lembaga itu dah dekat betul. Aku pejamkan mata. Aikk... tak ada apa pun. Aku buka mata semula dan... lembaga tu dah hilang!

Aku berpaling ke belakang dan nampak Halim. Disebabkan gelap, aku tak dapat pastikan muka Halim tu pucat ke tidak. Aku paling ke depan semula dan berjalan terus. Zusssss...! Betul-betul depan muka aku, lembaga tadi muncul semula. Aku hampir terjerit, tapi sebenarnya dah memang menjerit pun. Lembaga tu mengilai dan hilang semula.

Aku rasa makin lama aku makin jauh masuk ke dalam, dan makin gelap pula tu. Arghhh... tak boleh jadi ni, aku kena keluar cepat. Halim masih di belakangku, berpaut kat baju aku. Abih laaaa baju aku. Arghhh... tak peduli, janji aku keluar. Berpeluh jugak aku ni.

Dalam dok mencari jalan keluar tu, aku tersepak suatu benda keras. Aku tunduk dan cuba mengamat-amati benda tu. Haaaa? Batu nesan? Arghhh... aku pulak yang jadi takut. Tak fikir panjang, aku terus berjalan, dengan harapan pintu keluar dah tak jauh dari situ. Halim masih 'melekat' kat belakang. Nak berlari, risau jugak aku, kot tersepak apa-apa lagi ke, tak ke naya kalau tersungkur!

Dalam pada tu, bunyi pintu dibuka tutup tak berhenti-henti. Aku dah semakin takut sebenarnya, tapi cuba buat rilek. Seketika, aku sampai di satu ruang yang agak luas. Kelihatan beberapa keping papan bertaburan di atas lantai. Aku perhatikan papan tu... arghh... nampak macam papan keranda. Aku lari. Tak pedulik dah... lantaklah Halim kena tinggal pun!

Aku betul-betul dah takut. Aku terus berjalan di ruang berhabuk tu, sampailah nampak cahaya kat depan. Aku berjalan lagi, dan aku lihat daun pintu di hadapanku bergerak secara tiba-tiba. Cepat oiii... Arghhh... rupanya Asyraf yang buka pintu tu. Aku berjaya keluar akhirnya. Tak lama kemudian aku nampak Halim keluar, sambil berlari!

Asyraf dan Azhar dah cucuh rokok. Masing-masing terdiam. Kami kemudiannya berjalan ke kereta dalam keadaan separuh sewel. Amacam? Ko nampak apa Azhar? Hehehe... dia gelak je. Cheh... mamat ni berani betul! Halim diam aje, sepatah pun tak bersuara.

Kami sampai kat kereta. Aku hidupkan enjin. Setelah semua masuk ke kereta, kami teruskan perjalanan. Halim kena duduk depan, jadik co-pilot, temankan aku. Tapi dia diam je. Aku pandang ke sebelah, dan... kah kah kah kah kah kah... terburai gelak. Halim terkencing dalam seluar! Kah kah kah... semua pakat gelak. Chehh.. aku gelakkan orang, aku pun kecut jugak sebenarnya. Cuma nasib baik, aku tak kencing lam seluar macam dia... hehehe.

Plaza Tol Ayer Keroh dah kami lepasi dan sekarang kami menghala ke Port Disckson. Bersama gelak yang tak henti-henti, kami tinggalkan 'Rumah Hantu' di Tapak Pesta Ayer Keroh bersama cerita haru Halim terkencing dalam seluar.

Aku gelak lagi... kah kah kah kah kah kah kah kah... apa la ngkorang baca cerita ngarut aku niii... kah kah kah kah kah! Buang masa je... kah kah kah kah kah kah kah kah...

Cerita Asal : Ahmad Kamal Fauzi (Sg Merab)

gambar2 ngeri!





cukup?x cukup sila layari http://bit.ly/gxBvq1

Saturday, December 4, 2010

Bunuh orang,simpan daging dalam peti




True Story From The Philippines !


A
young lady from the Southern Philippines has been killing people and
kept their meat in her Refrigerator. She apparently enjoys eating human
meat.


She also said that she had many dinner parties for her
relatives and Friends and gave them this human meat to eat without them
knowing it.


Her guests said that they found her cooking very
good, but they did not know however what type of meat she was using.
She is from the Philippines .


She also killed her own
husband to get the meat. She was eventually arrested by the police.
They found the grisly chopped body parts as pictures attached .

Friday, December 3, 2010

Misteri lorong sunyi

Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!

Tragedi ulat...

Di satu kawasan perumahan ni terjadi satu tragedi. Ada sorang brader kaki mabuk ni. Gua ingat dia ni rumah takde, ataupun ada rumah tapi bini tak bagi masuk. Biasa malam-malam gua nampak dia mabuk sorang-sorang, mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa sahaja yang lalu kat depan dia. Bertahun-tahun jugak la dia macam tu. Lately gua tak nampak dah dia.

Mana dia pergi?

So I found out that dia ni dah mati. Mengikut cerita dia selalu pass-out kat mana-mana bila terlebih mabuk. Tido merata. kadang-kadang tu depan laman rumah orang pun dia bantai tido. Kemudian pada suatu hari orang jumpa dia kat dalam semak. Dah mati. Baru lagi mati.

Tapi yang anehnya pada mayat dia ada ulat-ulat sebesar ibu jari mengeriuk keluar dari perut dia. Ulat apajaddah tu masih belum dapat dikenalpasti. Aku dengat orang hospital tak nak kecoh mengenai perkara ni. Ulat tersebut adalah larva sejenis lalat/ulat yang sungguh rare. Ia mempunyai gigi depan yang tajam, tidak mempunyai rahang dan makan dengan cara mengemut. Ia selalunya bertelur di tempat yang lembab dan hangat. Larva lalat ini biasanya lebih agresif dari berengga biasa. Lalat jenis ini biasanya aktif di waktu malam.

Dalam kes ini kaki mabuk tu tertidur dan tak sedar lalat tersebut telah bertelur di tepi bibir dia. Larva yang menetas terus masuk ke dalam mulut, dan memakan seluruh isi kandungan badan kaki mabuk ini. Bila masa untuk bertukar menjadi serangga, larva ini harus eat their way out, thus keluar ikut perut. Rasionalnya keluar ikut perut ini adalah kerana itu bahagian yang paling mudah untuk ditembusi berbanding bahagian dada yang dilindungi tulang rusuk. Mereka tidak menebuk satu lubang yang besar sebaliknya akan menebuk lubang masing-masing. Pada kes kaki mabuk ni, banyak lubang-lubang kecil sebesar satu inci yang berada berhampiran antara satu sama lain. Dinding lubang-lubang ini kemerah-merahan akibat darah yang terkeluar.

Perut mangsa tidak menjadi kempis meskipun isinya telah dimakan habis oleh larva ini. mereka yang menemui mayat kaki mabuk ini mendapati seluruh rongga tubuh mangsa yang kosong itu telah diisi oleh larva ini. Cumanya mereka hanya tinggal di bawah kulit untuk melindungi diri mereka dari anasir luar. In short, mereka menjadikan tubuh kaki mabuk ni sebagai pelindung bagi larva itu sendiri sebelum bertukar menjadi serangga.

Dalam kes-kes biasa, mungkin seekor dua dari larva ini ada di dalam badan manusia biasa. Tapi biasanya ia akan mati sebelum sempat menjadi serangga . Kita tidak menyedari bilakah lalat ini akan bertelur pada badan kita kerana ia bertelur pada waktu malam. Dan kadang kala ada antara kita yang tidur ternganga. Dan sapa nak sedar kalau tengah tido ada lalat hinggap kat tepi lubang hidung?

Sebab tu gua tido kelubung selimut seratus peratus.

Aisyah masih hidup!

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.



Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.


Jangan renung lama-lama. Ada cerita di sebalik gambar ini. Korang ingat cerita Aishah Masih Hidup?